DOA KESELAMATAN KELUARGA DARI DIROMPAK SERTA DOA PAGAR KAWASAN RUMAH

DOA KESELAMATAN KELUARGA DARI DIROMPAK SERTA DOA PAGAR KAWASAN RUMAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam takziah buat Wardina Saffiyah sekeluarga di atas musibah yang menimpanya di mana rumahnya di rompak dua hari yang lepas, lima laptop di curi. Suaminya pula dipukul dengan pemutar skrew. Difahamkan perompak naik angin dan marah setelah tiada barang-barang kemas dijumpai. Tiga lelaki bertopeng bersenjatakan tongkat dan parang memecah masuk rumah Wardina.

Dan tiga minggu yang lepas semasa cuti sekolah. Kejadian merompak juga berlaku hanya dibelakng rumah captain yang hanya jaraknya tak sampai 30 meter. Perompak berbangsa India yang seramai empat orang bertopeng memasuki rumah India jam 3.00 pagi dan menetak suaminya di bahu dan tangan serta melarikan beberapa barang kemas.

Captain yang tinggal di kuarters rumah guru jenis “Semi-D” yang memang tidak berpagar dan rumah keluarga India dibelakang rumah captain itu adalah taman perumahan yang baru siap di duduki lebih kurang tiga bulan yang lalu. Syukur Alhamdulillah Allah SWT telah memelihara keluarga captain kerana perompak itu memang lalu betul-betul dibelakang rumah captain. Lalu memotong pagar besi rumah India itu kerana bahagian hadapan rumah india telah dibina pagar yang tinggi dan susah dimasuki pencuri.

DOA PAGAR KAWASAN RUMAH

Cara-caranya:

1. Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3 kali selama 7 hari berturut-turut.

2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7 kali setiap penjuru dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat, baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru. InsyaAllah dipelihara-Nya.

Ayat ini jika diamalkan selalu dapat mengelakkan bencana, gangguan sihir yang dihantar ke rumah dan mengelak dari niat jahat perompak.

Maksudnya:

8. Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. 9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9)

 

DOA KESELAMATAN DIJAUHKAN DARI PEROMPAK

Baca doa ini selalu selepas solat mohon dijauhkan dari sebarang musibah seperti perompak dan sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga.

Maksudnya:

“Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim.” (Surah Al Mukminun: Ayat 28)

Wasallam.

Add Comment